Operasi SAR cari Nur Izzati di Bukit Changkat Asa diperluas

Operasi SAR cari Nur Izzati di Bukit Changkat Asa diperluas

Pegawai polis jatuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan yang hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa di sini, diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi semalam.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, pasukan SAR menggunakan teknik sweeping dengan tumpuan pencarian setakat tengah hari semalam di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Menurut beliau, operasi SAR semalam turut dibantu tiga unit anjing pengesan iaitu dua daripada JBPM dan satu milik Polis Diraja Malaysia.

“Seramai 90 individu terlibat dalam operasi SAR setakat tengah hari semalam membabitkan anggota pelbagai agensi keselamatan serta sukarelawan.

“Operasi pencarian hari ini turut menggunakan khidmat unit dron daripada Unit Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Selangor,” katanya di sini semalam.

Katanya, antara agensi yang terlibat dalam operasi berkenaan ialah JBPM, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara serta Persatuan Malim Gunung Perhutanan.

Jelasnya, trek pendakian di bukit berkenaan melibatkan laluan sepanjang 800 meter dari kaki bukit ke puncak setinggi 267 meter sebelum kembali semula ke kaki bukit melalui laluan sama.

“Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemukan dan pasukan SAR hanya menggunakan maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarga mangsa dalam usaha pencarian ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan remaja perempuan berumur 19 tahun yang hilang dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor masih belum ditemui selepas lebih 48 jam.

Nur Izzati Humaira Azizul dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN