Negeri Sembilan teliti turunkan sewa premis niaga kerajaan

Negeri Sembilan teliti turunkan sewa premis niaga kerajaan

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kadar sewa premis perniagaan milik kerajaan di negeri ini dijangka diturunkan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi para pengusaha dan peniaga kecil.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penurunan kadar sewa tersebut akan dibuat berdasarkan jenis premis perniagaan terbabit.

Katanya, beliau telah minta supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan maklumat lengkap berkaitan premis yang disewakan kepada para peniaga di negeri ini.

“Selepas itu baru kita putuskan kadar penurunan yang hendak kita laksanakan.

“Kerajaan negeri akan mengikuti langkah kerajaan Pusat yang mahu mengurangkan tekanan terutamanya penjaja dan peniaga kecil dalam situasi semasa,” katanya pada dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua pihak meneladani inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kadar sewaan premis perniagaan milik kerajaan.

Anwar menyeru supaya semua PBT di negeri-negeri seluruh negara untuk mengambil pendekatan sama mulai bulan ini.

“Saya ingin mengesa PBT menurunkan dengan kadar segera dan berkuat kuasa bulan ini juga, untuk mengurangkan tekanan dan beban yang memang dihadapi oleh peniaga dan penjaja ini,” kata Anwar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN