Nak jadi artis? kena ada 'barang' - Aqasha - Utusan Malaysia

Nak jadi artis? kena ada ‘barang’ – Aqasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Aqasha, 43, mendakwa komposer, arwah Rosli Khamis atau Loloq merupakan individu yang mengajar beliau tentang maksud ‘barang’ atau bakat yang perlu dimiliki setiap insan bergelar anak seni.

Aqasha memberitahu hal demikian diberitahu Loloq kepadanya sewaktu penggambaran filem Man Laksa kira-kira 21 tahun lalu.

“Dulu, sewaktu dalam set penggambaran Man Laksa, saya dan arwah Loloq pernah bersembang dan ia adalah perbualan yang dalam untuk saya yang berusia 23 waktu itu.

“Beliau berkata pada saya, ‘awak ada barang itu’. Dulu saya tak tahu apa maksud ‘barang’! Rupanya boleh jadi bakat, kebolehan atau dorongan. Maka saya guna terma ‘barang’ sampai sekarang,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Aqasha memaklumkan bergelar selebriti atau artis perlu ada bakat dan kebolehan dan bukan mengejar populariti semata-mata.

“Sekarang saya tanya, anda suka perhatian? Nak jadi artis? anda kena ada ‘barang’ itu, cari dulu. Kenal apa barang yang anda ada. Jangan jadi gila perhatian tapi hakikatnya anda tidak bernilai,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN