BATU PAHAT: Seorang murid perempuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong di sini maut dipercayai dilanggar sebuah van penghantaran barang di kawasan sekolah itu, hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi berlaku ketika sesi persekolahan pagi baharu tamat dan murid-murid mula bergerak pulang ke kediaman masing-masing.
Difahamkan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.-UTUSAN










