Mohd Yusri dilantik sebagai pengarah KDNKA baharu

Mohd Yusri dilantik sebagai pengarah KDNKA baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pelantikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) baharu.

JPJKK menerusi Facebooknya mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

“Seluruh warga kerja JPJKK Bukit Aman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah KDNKA.

“Selamat menjalankan tugas dan amanah demi Pasukan dan negara,” katanya.

Jawatan itu sebelum ini dipangku Datuk Fisol Salleh selepas Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim bersara pada 15 Disember 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN