Lelaki guna telefon bimbit ketika memandu dikompaun - Utusan Malaysia

Lelaki guna telefon bimbit ketika memandu dikompaun

HAMIDI Adam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu dikompuan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026 (Ops HRAA) pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, kereta terbabit ditahan dalam operasi yang dijalankan di Lebuhraya Sungai Besi.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati kereta itu juga tiada perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

“Pemandu terbabit melakukan tiga kesalahan iaitu memandu LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Kenderaan itu disita untuk tindakan selanjutnya mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, JPJ Kuala Lumpur sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN