Kes Nur Qaseh Deandra diklasifikasi mati mengejut

Kes Nur Qaseh Deandra diklasifikasi mati mengejut

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Nur Qaseh Deandra Mohd. Qayyum yang ditemukan di Sungai Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, Nur Qaseh Deandra Mohd. Qayyum yang dihanyutkan arus di Bandar Mahkota Cheras dekat sini Jumaat lalu disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 7.05 malam pada 1 Mei lalu berhubung kejadian mangsa yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan melibatkan pelbagai agensi keselamatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam di sekitar lokasi kejadian.

“Mangsa akhirnya ditemukan pada pukul 12.17 tengah hari tadi di tepi Sungai Langat, Batu 12 berhampiran Jalan Reko, kira-kira 10.6 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah lemas,” katanya.

Jenazah Nur Qaseh Deandra dimandi dan dikafankan sebelum dibawa ke Masjid Taman Rakan untuk disolatkan serta dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN