Kereta terbabas atas bumbung rumah di Seri Menanti - Utusan Malaysia

Kereta terbabas atas bumbung rumah di Seri Menanti

KEADAAN sebuah kereta yang hilang kawalan terjunam ke bumbung sebuah rumah di kaki bukit dekat Jalan Kampung Tanjung Bachang, Seri Menanti, Kuala Pilah, semalami. -GAMBAR / IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sebuah kereta terbabas ke atas bumbung sebuah rumah di kaki bukit dalam kejadian di Jalan Kampung Tanjung Bachang, Seri Menanti di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian kira-kira pukul 7.28 malam itu melibatkan sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Seri Menanti menuju ke Seremban.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta berusia 63 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum kenderaan itu terbabas lalu jatuh ke atas bumbung sebuah rumah yang berada di bawah bukit.

“Akibat kemalangan itu, dua penumpang iaitu penumpang hadapan dan seorang penumpang belakang mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah.

“Bagaimanapun, pemandu serta seorang lagi penumpang belakang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN