Keluarga pelajar maut ditikam mohon ruang untuk bertenang - Utusan Malaysia

Keluarga pelajar maut ditikam mohon ruang untuk bertenang

AHLI keluarga menziarahi kubur Nurfisya Zulkifly di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor di Kuala Kangsar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Pelajar wanita, Nurfisya Zulkifly, 19, yang mati dipercayai dibunuh dengan 61 tikaman di Kelantan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor pukul 5.30 pagi tadi.

Jenazah dibawa dari Kota Bharu dan tiba ke kampung halaman keluarganya di sini pada pukul 4 pagi tadi dan dikebumikan.

Ahli keluarga mangsa yang ditemui pemberita memohon diberikan ruang untuk bertenang selepas melalui detik sukar tragedi itu.

Seorang bapa saudara mangsa berkata, mereka masih terkejut dan belum bersedia untuk berkongsi maklumat berikutan keadaan emosi yang belum stabil.

“Kami pun bergegas ke Kelantan semalam, dan baru selesai pengebumian sebentar tadi. Masih belum berehat.

“Kami mohon beri ruang untuk kami berehat dan bertenang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, seluruh ahli keluarga Nurfisya masih terkejut dengan perkara yang menimpa dan tidak mampu hendak mengulas apa-apa.

Mengikut laporan terkini dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kejam tersebut.

Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Ketereh pada Jumaat malam dan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Tinjauan pihak media ke rumah kediaman mangsa mendapati beberapa kenalan dan penduduk kampung datang untuk memberi sokongan kepada keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN