KUALA LUMPUR: Dokumen bertajuk ‘Analisis Strategik PRU16: Ringkasan Mengikut Tier’ yang dibentangkan di majlis perjumpaan 900 pimpinan PKR di Petaling Jaya, baru-baru ini disifatkan ‘cacat’ kerana tidak menggambarkan sentimen dan hakikat sebenar pengundi berbilang bangsa menjelang PRU16. Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya, Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata, sebagai ahli akademik, beliau menolak pembahagian ‘tier’ yang tidak masuk akal tanpa sumber, kaedah penyelidikan dan tanpa penglibatan penyelidik…










