JIM Kelantan tahan tujuh wanita dipercayai GRO - Utusan Malaysia

JIM Kelantan tahan tujuh wanita dipercayai GRO

SEBAHAGIAN wanita warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) menerusi Ops Gegar di sekitar bandar ini, kelmarin.-JIM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan tujuh wanita warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) menerusi Ops Gegar di sekitar bandar ini, kelmarin.

Operasi bermula 9 malam hingga awal pagi semalam itu membabitkan kekuatan 24 pegawai penguat kuasa termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan.

Pengarah Imigresen negeri Garry Belayong John Siki berkata, daripada jumlah itu enam wanita yang ditahan itu merupakan warganegara Thailand dan seorang rakyat Laos.

Katanya, kesemua wanita yang ditahan itu masing-masing berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Sepanjang operasi itu seramai 53 individu yang terdiri daripada warga asing warga tempatan telah diperiksa dalam dua premis berlainan.

“Selain tujuh wanita, kita turut menahan tiga lelaki pendatang asing tanpa izin warga Myanmar,” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Garry memberitahu, kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Kompleks Imigresen Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN