Jenazah Jalil Hamid selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Jalil Hamid selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Jenazah pelakon dan pelawak, Allahyarham Jalil Hamid, 69, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pukul 6.30 petang.

Pengebumian berjalan dengan sempurna dan telah dihadiri seramai 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan peminat sebagai tanda penghormatan terakhir

Antara selebriti yang menziarah ialah Datuk M. Nasir, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Abon dan Tam Spider. Turut hadir ialah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Finas iaitu Datuk Hans Isaac dan Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid Al-Munawarrah, Shah Alam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, Taman Alam Megah pada pukul 12.30 tengah hari di dalam tidur.

Berita duka itu disampaikan anaknya Afiqah Jalil menerusi hantaran di Instagram.

Sepanjang hajatnya Allahyarham disegani kerana bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak.

Allahyarham pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13 menerusi filem Baginda.

Allahyarham Jalil juga meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2016 bagi drama Calon Syurga dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Telenovela 2018 melalui lakonan mantap dalam filem Bisik Pada Langit. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN