Jaga kesihatan, cuaca Mekah makin panas

Jaga kesihatan, cuaca Mekah makin panas

MOHD. Hisham Harun ditemui selepas ketibaan 276 jemaah haji daripada KT48 di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Semua jemaah haji Malaysia diingatkan untuk berehat secukupnya menjelang hari kemuncak haji ekoran cuaca Mekah semakin panas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, penjagaan kesihatan amat penting ekoran perjalanan jauh dari Malaysia.

“Perjalanan jauh dari Malaysia diikuti pelaksanaan umrah memerlukan tenaga yang besar, justeru penjagaan kesihatan amat penting, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca di Mekah yang semakin panas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas ketibaan 276 jemaah haji daripada KT48 di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Hisham berkata, proses perjalanan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setakat ini berjalan lancar.

Terdahulu, seramak 276 jemaah haji daripada KT48 menjadi kumpulan pertama Malaysia tiba di Jeddah bagi musim haji tahun ini.

Mereka selamat tiba menerusi penerbangan MH8102 di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada pukul 4.40 pagi (waktu Arab Saudi).

Jemaah kemudian ditempatkan di Maktab 67 dengan penginapan di Hotel Abraj Al Janadriyah.

Sebanyak tujuh bas disediakan bagi membawa jemaah terus dari lapangan terbang ke hotel penginapan di Mekah bagi memastikan perjalanan mereka berjalan lancar dan teratur.

Ketibaan kumpulan ini menambah jumlah jemaah Malaysia yang mula memenuhi Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN