Isu festival air: Pendirian Dr Akmal perlu konsisten, jangan selektif.

Isu festival air: Pendirian Dr Akmal perlu konsisten, jangan selektif

Dr. Sathia Prakash Nadarajan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prinsip konsistensi perlu menjadi asas dalam setiap pendirian politik, khususnya apabila melibatkan isu yang menyentuh sensitiviti awam.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, beliau tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap mana-mana parti politik.

Namun, katanya, dalam politik, setiap pendirian perlu konsisten dan tidak boleh berubah mengikut keadaan.

Menurutnya, tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh yang menggesa pembatalan festival Rain Rave di Bukit Bintang sebelum ini menunjukkan satu pendirian jelas.

“Persoalannya, jika acara seperti itu dianggap tidak sesuai di Kuala Lumpur, mengapa perkara sama tidak dibangkitkan apabila acara hampir serupa diadakan di Melaka? Bezanya hanya lokasi, bukan pengisian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau merujuk kepada penganjuran Melaka Water Music Festival di Pantai Klebang dari 1 hingga 3 Mei.

Katanya, festival tersebut turut menampilkan elemen seperti muzik, budaya, makanan serta aktiviti komuniti dan hiburan.

Dr. Sathia berkata, isu sebenar adalah prinsip yang digunakan dalam membuat penilaian.

“Jika berani bersuara di satu tempat, maka pendirian sama perlu diambil di tempat lain, supaya tidak dilihat sebagai selektif,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN