Iklan tawaran lesen percuma di media sosial tidak sah, palsu - JPJ

Iklan tawaran lesen percuma di media sosial tidak sah, palsu – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menafikan pengeluaran lesen kenderaan percuma yang dikesan tular di platform media sosial, termasuk Threads.

JPJ berkata, pihaknya menerima aduan berhubung penyebaran iklan palsu berkaitan tawaran lesen kenderaan percuma yang dikesan tular di platform media sosial.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang promosi yang ditawarkan melalui akaun atau platform yang meragukan bagi mengelakkan kekeliruan serta risiko kerugian.

“Orang ramai juga diingatkan tidak keliru dengan inisiatif Program MyLesen B2. Sesi permohonan program itu telah ditutup, dan individu yang berjaya terpilih dihubungi untuk mendaftar di Institut Memandu,” katanya dalam kenyataaan hari ini.

Menurutnya, sebarang pemakluman rasmi berkaitan perkhidmatan JPJ hanya akan disalurkan melalui Facebook rasmi JPJ Ibu Pejabat dan JPJ Negeri, dan tidak membabitkan mana-mana akaun tidak rasmi jabatan.

Jelasnya, orang ramai digalakkan untuk sentiasa mendapatkan pengesahan daripada saluran rasmi JPJ sebelum mempercayai atau berkongsi sebarang maklumat.

“Sebarang aduan atau maklumat lanjut boleh disalurkan melalui Portal Aduan Rasmi JPJ di pautan berikut https://jpj.spab.gov.my/

“JPJ komited untuk terus memastikan penyampaian maklumat yang sahih serta melindungi kepentingan pengguna daripada sebarang bentuk penipuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN