Ibu guru pertama corak masa depan bangsa- Agong

Ibu guru pertama corak masa depan bangsa- Agong

GAMBAR FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu. 

Seri Paduka Baginda melalui hantaran dalam media sosial turut menzahirkan penghargaan mendalam kepada Raja Permaisuri Agong atas ketulusan dan dedikasi baginda membesarkan anakanda-anakanda dengan limpahan kasih sayang.

Sultan Ibrahim bertitah, ibu adalah guru pertama, pelindung dan pembentuk karakter manusia yang bakal mencorak masa depan bangsa.

“Seorang ibu memegang pelbagai peranan dalam membentuk jati diri manusia. Daripada mereka, kita belajar tentang nilai ihsan, ketabahan dan erti pengorbanan,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan bahawa sebagaimana yang dituntut dalam agama, berbakti kepada mereka adalah kunci kepada keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Baginda berdua turut menyeru rakyat untuk terus mendoakan kesejahteraan bonda-bonda yang telah pergi mendahului kita.

“Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah Baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN