Ibu, anak perempuan maut kemalangan dua kereta - Utusan Malaysia

Ibu, anak perempuan maut kemalangan dua kereta

SEORANG ibu dan anak perempuannya maut selepas kenderaan Proton Persona dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Perodua Bezza di Kilometer 71, Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Ibu dan anak perempuannya maut selepas kenderaan Proton Persona dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah Perodua Bezza di Kilometer 71, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini, semalam.

Manakala pemandu kenderaan iaitu suami kepada wanita tersebut, cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan itu pada pukul 5.15 petang.

“Kenderaan Proton Persona terbabit dipandu lelaki berusia 56 tahun, selain membawa penumpang wanita berusia 51 tahun iaitu isterinya dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh Perodua Bezza di laluan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Yusof, wanita berusia 51 dan remaja perempuan tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala mangsa lelaki dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Pemandu Perodua Bezza tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN