Hubungan diplomatik Malaysia-Rusia berkembang secara konsisten

Hubungan diplomatik Malaysia-Rusia berkembang secara konsisten

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, tahun depan bakal menjadi detik penting dalam hubungan dua hala apabila Malaysia dan Rusia menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik. FACEBOOK SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Rusia terus berkembang secara konsisten dan menjadi hubungan yang kukuh serta produktif sejak terjalin hampir enam dekad lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, tahun depan bakal menjadi detik penting dalam hubungan dua hala apabila kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik.

Titah Baginda, kerjasama antara kedua-dua negara terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama sejak tahun 1967.

“Perjalanan panjang yang ditempuhi bersama serta pencapaian signifikan dalam hubungan Malaysia-Persekutuan Rusia wajar diraikan menerusi sambutan yang bermakna dan bersejarah.

“Lawatan ini mampu menjadi pemangkin baharu kepada pengukuhan kerjasama strategik yang telah dibina selama enam dekad antara Malaysia dan Persekutuan Rusia,” titahnya menerusi Facebook Rasmi Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim turut bertitah, pertemuan bersama Putin di St. Petersburg pada awal Januari lalu berlangsung dalam suasana konstruktif dan membuahkan hasil positif.

Titah Baginda, kedua-dua pemimpin berkongsi aspirasi sama untuk mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi.

Sultan Ibrahim berkenan menjemput Putin mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada tahun 2027 sempena sambutan Jubli Intan hubungan diplomatik kedua-dua negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN