Agong serikan sesi fotografi pimpinan UMNO

Agong serikan sesi fotografi pimpinan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat bagi menyerikan sesi fotografi bersama pimpinan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu sempena ulang tahun ke-80 parti itu, hari ini

Seri Paduka Baginda diiringi oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Keberangkatan Sultan Ibrahim disambut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

Sultan Ibrahim berkata, sesi fotografi tersebut diadakan bagi mengenang sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, hasil Kongres Melayu Ketiga yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar.

“Penubuhan parti ini menjadi salah sebuah lembaran utama dalam perjuangan nasionalisme negara sehingga mencetuskan pergerakan menentang Malayan Union dan kemudian ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN