Hina Sultan Selangor: Lelaki dipercayai ada kaitan akaun FB ‘Lucas Liam’ ditahan 🤐

Hina Sultan Selangor: Lelaki dipercayai ada kaitan akaun FB ‘Lucas Liam’ ditahan

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 7.10 malam tadi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menurutnya, tangkapan dilakukan hasil kerjasama antara JSJ Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun Facebook ‘Lucas Liam’ yang memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor pada 2 Mei lalu.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas dua unit telefon bimbit jenama Samsung berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 12 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung isu tersebut.

Jelasnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bergantung kepada peruntukan undang-undang berkaitan.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi siasatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN