Harga daun kari melonjak, pengguna disaran tanam sendiri - Utusan Malaysia

Harga daun kari melonjak, pengguna disaran tanam sendiri

N.V Subbarow menggesa pengguna menanam sendiri pokok kari susulan kenaikan harga bahan tersebut di pasaran ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pengguna disaran menanam sendiri daun kari susulan kenaikan harga bahan dapur itu yang kini mencecah antara RM14 hingga RM18 sekilogram di pasaran.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, langkah itu bukan sahaja mampu mengurangkan beban kos sara hidup, malah memberi alternatif lebih praktikal kepada pengguna berdepan kenaikan harga berterusan.

“Pengguna sebenarnya hanya perlu membelanjakan sekitar RM1 atau kurang bagi menghasilkan daun kari sendiri, sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian.

“Tinjauan kami mendapati, pengguna terpaksa membayar harga tinggi di pasaran, sedangkan penanaman sendiri boleh dilakukan dengan mudah dan murah,” kata kepada pemberita di sini, hari ini.

Subbarow berkata, sejumlah kecil daun kari kini dijual antara RM3 hingga RM4 bagi setiap 100 gram di pasar, yang jika dikira boleh mencecah sehingga RM30 hingga RM40 sekilogram.

“Harga semasa antara RM14 hingga RM18 sekilogram sebagai masih membebankan pengguna, terutama bagi kegunaan harian. Keadaan berbeza berbanding dahulu apabila daun kari sering diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli kelapa atau barangan dapur lain,” katanya.

Beliau berkata, perubahan harga tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan kos atau permintaan yang memberi kesan langsung kepada pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN