Guna aplikasi cari arah kiblat

Guna aplikasi cari kiblat

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Guna aplikasi cari kiblat

SOALAN
Saya mempunyai hobi beraktiviti luar seperti mendaki gunung dan berkhemah dalam hutan. Masalahnya saya sukar menentukan arah kiblat. Terpaksa menggunakan aplikasi. Adakah kita boleh percaya dengan aplikasi ini?

Ida Hamidah
Jerantut, Pahang

Jawapan
Boleh menggunakan aplikasi yang dikeluarkan oleh badan berautoriti yang sudah mengkaji dan mendalami cara-cara dan kaedah menentukan arah kiblat.

Patuh ibu kandung atau tiri?

SOALAN
Saya dibesarkan oleh ibu tiri selepas ibu bapa saya bercerai. Saya ingin penjelasan, ibu mana saya perlu patuh sebab ibu tiri jaga saya dengan baik.

Farihin
Cheras

Jawapan
Ketaatan asas tetap kepada ibu kandung. Cuma di dalam isu ini perlu juga menjaga hati ibu tiru yang membesarkan sebagai membalas jasa. Yang lebih baik dan bagus, ibu kandung perlu berlapang dada dengan ibu tiri.

Ikut banyak mazhab

SOALAN
Apa hukumnya kita beramal dengan banyak mazhab?

Tahir Bahari
Bangi

Jawapan
Hukum beramal dengan pelbagai mazhab adalah harus sekiranya berasaskan ilmu dan tidak membawa kepada niat bermain-main. Namun yang terbaik untuk orang awam adalah beramal dengan satu mazhab. Terdapat keperluan boleh bertaqlid kepada mazhab lain dengan meminta pandangan pakar terlebih dahulu bukan dengan sekadar membaca.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN