Gerakan tidak akan robohkan kuil jika jadi kerajaan

Gerakan tidak akan robohkan kuil kalau jadi kerajaan

DOMINIC Lau Hoe Chai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berjanji tidak akan merobohkan mana-mana kuil di negara ini sekiranya dipilih rakyat menjadi kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, janji itu terkandung dalam agenda keharmonian yang digariskan untuk menjadikan parti itu lebih relevan.

“Agenda keharmonian maksudnya apa? Maksudnya kita negara yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya. Jika sudah menjadi kerajaan kita akan memastikan tiada kuil-kuil dirobohkan di negara kita. Kita tidak akan benarkan ia berlaku kerana ini adalah untuk menjaga keharmonian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Contohnya, saya dapat maklumat Yang Berhormat (YB) Kulim di Kedah (Perikatan Nasional) tiada satu pun kuil dirobohkan di bawah Kerajaan Negeri Kedah.

“Ini adalah prestasi yang kita buat. Seorang YB sahaja sudah mampu mempertahanan kuil-kuil di negara kita. Bukan sahaja tiada kuil dirobohkan, tetapi berjaya menempatkan tempat-tempat baharu untuk kuil-kuil tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Konvensyen Ulang Tahun ke-58 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di ibu pejabat parti itu di Menara PGRM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini