Gadis maut ditikam: Ibu, bapa seorang suspek dibebas jaminan polis

Gadis maut ditikam: Ibu, bapa seorang suspek dibebas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri warga emas yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes seorang gadis maut dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan Kampung Simah, Ketereh, di sini, kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, lelaki berusia 66 tahun dan wanita berusia 60 tahun itu adalah ibu bapa kepada salah seorang suspek berusia 19 tahun yang ditahan reman tujuh hari.

“Kita menahan kedua-dua warga emas itu selepas mendapat perintah reman tiga hari bermula semalam. Mereka ditahan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu sebelum dibebaskan hari ini.

“Buat masa ini, siasatan kes tersebut fokus terhadap dua remaja berusia 19 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan, empat individu termasuk sepasang suami isteri ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang gadis dengan 61 kesan tikaman di badannya di Kampung Simah.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap kesemua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman tujuh hari  bagi membantu siasatan manakala pasangan suami isteri itu direman tiga hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN