FWD Takaful Tunai Kewajipan Zakat Perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

FWD Takaful Tunai Kewajipan Zakat Perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

Prof. Dr. Asmak Ab Rahman, Ahli Jawatankuasa Shariah FWD Takaful; Siti Hajar Rizlan, Ketua Pegawai Pemasaran, FWD Malaysia; Muhammad Afiq Hamzah, Pemangku Ketua Pegawai Kewangan, FWD Takaful; Mohd Hafizal Elias, Ketua Shariah, FWD Takaful; Ismail Nik, Ahli Jawatankuasa Shariah FWD Takaful; Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif, FWD Takaful; Tuan Haji Azrin Dato’ Abdul Manan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan, PPZ-MAIWP; Ustaz Fahmi Ismail, Pengurus Besar Operasi Luar, PPZ-MAIWP; Muhammad Faizul Wahab, Pengurus Kanan Unit Zakat Perniagaan, PPZ-MAIWP; Ahmad Ruzaini Rohidan, Penolong Pengurus Unit Zakat Perniagaan , PPZ-MAIWP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur, 26 Mei – FWD Takaful Berhad hari ini mengumumkan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM634,987.96 kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Pembayaran ini merupakan bayaran zakat rasmi pertama FWD Takaful sejak mula beroperasi di industri takaful Malaysia pada tahun 2019, selaras dengan komitmen syarikat sebagai sebuah institusi kewangan Islam. 

Pencapaian bermakna ini mencerminkan pegangan teguh FWD Takaful terhadap amalan perniagaan beretika, tanggungjawab sosial serta prinsip tadbir urus yang baik, selain memenuhi kewajipan yang ditetapkan. Dana zakat tersebut akan disalurkan kepada golongan asnaf yang layak menerusi program kebajikan dan pembangunan yang dikendalikan oleh PPZMAIWP.

Semasa majlis penyerahan cek replika, Ahli Jawatankuasa Syariah FWD Takaful, Ismail Nik telah menyerahkan cek simbolik kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Azrin Datuk Haji Abdul Manan sebagai tanda pemenuhan kewajipan zakat syarikat selaras dengan mandat pemegang saham, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Aman Chowla, berkata, “Sebagai institusi kewangan Islam, pemenuhan zakat merupakan satu tanggungjawab serta amanah. Beliau berkata, pembayaran zakat rasmi pertama ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menjalankan perniagaan dengan integriti, keprihatinan dan tujuan yang jelas, selain percaya bahawa zakat merupakan mekanisme penting dalam memperkasa masyarakat dan meningkatkan kesejahteraan golongan asnaf.”

FWD Takaful mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2019 dan telah berkembang secara pesat dan konsisten dalam kedudukan pasaran, dari #10 pada 2019 ke #5* pada suku tahun pertama 2026. Walaupun industri takaful keluarga berdepan cabaran pada 2025, FWD Takaful berjaya mencatat prestasi kukuh dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan inklusif dan impak sosial. Syarikat itu turut menegaskan komitmennya untuk menjadikan pembayaran zakat sebagai amalan tahunan berterusan.

-TAMAT-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN