Formula untuk menang AJL39 itu tiada - Ikhwan Fatanna - Utusan Malaysia

Formula untuk menang AJL39 itu tiada – Ikhwan Fatanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Lagu itu perlu diterima peminat.”

Demikian pandangan pencipta Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) Hening Rindu nyanyian Marsha Milan Londoh, Ikhwan Fatanna mengenai lagu yang berpotensi diangkat juara tahun ini.

Bagi Ikhwan, tiada formula yang menentukan kemenangan, namun pencipta dan penulis lirik boleh memberi tumpuan kepada menyerlahkan identiti dan kelainan yang dimiliki lagu yang dipertandingkan.

“juri pun berubah. Mungkin barisan yang sekarang ini mencari Juara Lagu yang memiliki identiti dan kelainan tersendiri.

“Kalau dilihat sebelum ini, bukan sahaja balada, lagu rap dan sebagainya juga mempunyai potensi untuk bergelar juara.

“Jadi, formula itu tiada. Saya sendiri tidak menyangka Hening Rindu diterima menjadi pemenang AJL39,” katanya.

Dalam pada itu, Ikhwan mengakui kemenangan di AJL39 membawa banyak perubahan kepada dirinya selaku komposer dan penulis lirik.

“Sebenarnya, kita menjadi pengkritik bagi lagu kita sendiri. Selepas menang di AJL39, kitalah yang  menentukan sama ada lagu yang dihasilkan itu mencapai standard ataupun tidak.

“Saya tak pasti sama ada fikiran begitu okey atau tidak. Namun, saya pasti perkara itu membantu untuk melawan kehebatan lagu yang dihasilkan sebelumnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN