Dua lelaki Thailand ditahan, cuba seludup keluar RON95 

Dua lelaki Thailand ditahan, cuba seludup keluar RON95 

DUA pikap yang digunakan lelaki Thailand untuk menyeludup petrol RON95 di laluan keluar Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam. - IHSAN KPDN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM: Dua lelaki Thailand gagal menyeludup kira-kira 1,000 liter petrol RON95 menggunakan dua buah pikap ke negara itu apabila mereka ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, tangkapan terhadap kedua-dua suspek yang memandu pikap bernombor pendaftaran asing itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua pikap jenis Toyota Hilux itu mendapati masing-masing membawa kira-kira 500 liter petrol RON95. Terdapat pengubahsuaian serta pemasangan tangki tambahan pada kenderaan itu,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, kedua-dua suspek ditahan manakala petrol serta kenderaan turut disita dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM104,200.

“Kedua-dua suspek kemudian diserahkan kepada KPDN Kubang Pasu untuk proses rakaman percakapan dan dokumentasi bagi pembukaan dua kertas siasatan. Mereka telah dijamin polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN