Cubaan seludup 20 tan beras gagal

Cubaan seludup 20 tan beras gagal

BERAS yang dirampas KPB Kedah selepas pemandu lori gagal mengemukakan dokumen pemilikan dan pengangkutan di Kampung Padang, Mukim Tajar di Pendang, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Cubaan menyeludup kira-kira 20 tan beras gagal selepas dua lori ditahan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Kedah dalam operasi di Kampung Padang, Mukim Tajar di Pendang, pagi tadi.

Dalam operasi bermula pukul 6.30 pagi itu, lori berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan operasi KPB Kedah yang melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Pengarah KPB Kedah, Mohamad Nornizam Ramly berkata, pihaknya menahan kedua-dua lori terbabit yang dipandu dua lelaki pada pukul 7.45 pagi untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, lori pertama didapati membawa kira-kira 200 kampit putih berisi beras dengan berat keseluruhan berjumlah 10 tan. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan atau pengangkutan beras tersebut.

“Sebuah lagi lori membawa kampit beras sebanyak 200 kampit, juga dengan anggaran berat keseluruhan 10 tan. Kesemua beras itu dipercayai di bawa dari Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nornizam berkata, pihaknya menyita beras itu yang bernilai RM52,000, selain merampas kenderaan terbabit untuk siasatan lanjut. 

“Dua pemandu bersama kelindan masing-masing turut ditahan bagi membantu siasatan, sementara barang sitaan dibawa ke Gudang KPB Kedah untuk proses seterusnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN