Cubaan bunuh Ahli Parlimen Narathiwat: Dua anggota marin ditahan

Cubaan bunuh Ahli Parlimen Narathiwat: Dua anggota marin ditahan

KAMONSAK LEEWAMOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Polis Wilayah Narathiwat menahan dua lagi anggota marin Thailand semalam bagi membantu siasatan kes cubaan bunuh Ahli Parlimen Kawasan 5 Narathiwat, Kamonsak Leewamoh atau Wan Johan pada 20 Mac lalu.

Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotrasakha berkata, kedua-duanya ditahan setelah selesai memberi keterangan kepada pasukan siasatan khas Polis Wilayah 9 di sini, pagi semalam.

“Mereka memberi keterangan lebih lima jam sejak pukul 9 pagi. Berdasarkan bukti yang dikumpul pasukan penyiasat memutuskan untuk mendakwa mereka atas kesalahan membantu dan bersubahat dengan niat jahat dalam cubaan bunuh Ahli Parlimen itu,” katanya di sini.

Prayong berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat  bagi membolehkan polis mendapat perintah tahanan reman yang mana mereka menafikan semua pertuduhan dan meminta untuk menggunakan membela diri di mahkamah.

Katanya, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM24,268 setiap seorang selepas mendapati suspek tidak menunjukkan tanda-tanda cuba melarikan diri dan hadir secara sukarela.

“Polis mempunyai bukti lengkap untuk mendakwa mereka membantu dan bersubahat dalam kes itu. Ini termasuk rekod panggilan telefon kedua-duanya dengan suspek yang ditahan sebelum ini. Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mencari bukti berhubung dakwaan suspek menerima upah daripada seseorang untuk melakukan jenayah itu,” ujarnya.

Prayong berkata, setakat ini tujuh suspek telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tersebut.

Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu melaporkan, Kamonsak terselamat dalam cubaan bunuh di hadapan rumahnya di Mukim Bacho, Daerah Bacho. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN