Budak dua tahun terima 20 jahitan cedera digigit kera

Budak dua tahun terima 20 jahitan cedera digigit kera

KEADAAN Muhammad Bilal Munzir Mohd. Firdaus semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. - IHSAN KELUARGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki menerima lebih 20 jahitan di bahagian belakang badannya akibat digigit seekor kera di Kampung Padang Lengkuas, Peringat di sini, Jumaat minggu lalu.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu menyebabkan Muhammad Bilal Munzir Mohd. Firdaus, 2, luka di belakang badan sebelum dihantar untuk rawatan lanjut ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Ibu mangsa, Siti Atikah Mohd. Yakzan, 36, berkata, Muhammad Bilal Munzir yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu sudah dibenarkan pulang pada Selasa lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, katanya, dia berada di dapur sebelum anak keduanya berusia enam tahun berlari dan memaklumkan seekor kera menerkam Muhammad Bilal Munzir yang sedang menonton televisyen.

Katanya, dia bergegas ke ruang tamu dan melihat seekor kera sedang menggigit belakang anaknya sebelum menghalau haiwan itu.

“Kera itu mungkin memasuki rumah saya melalui jendela yang terbuka. Selepas menyelamatkan Muhammad Bilal Munzir, kera itu menuju ke dapur untuk mencari makanan.

“Saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia namun haiwan itu keluar d melalui jendela,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia percaya kera itu keluar dari kawasan hutan bersebelahan rumahnya dan berkemungkinan lapar sehingga bertindak menyerang menyerang Muhammad Bilal Munzir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN