Beri derma jika yakin untuk tujuan betul
SOALAN
Bolehkah kita menderma kepada pihak yang kita ragui status duit kita nanti? Saya bimbang mungkin duit derma saya disalah guna. Apa nasihat ustaz?
Silahudin
Temerloh
JAWAPAN
Boleh sahaja kita menderma kepada seseorang selagi kita tidak meyakini dia akan menggunakan pada jalan yang salah.
Islam larang bermasam muka lebih tiga hari
SOALAN
Islam melarang bermasam muka lebih tiga hari.
Kalau kita menerima jemputan seperti kenduri kahwin sedangkan saya selalu berselisih faham dengan yang menjemput. Maka saya menolak untuk hadir. Adakah Islam melarang atau membenarkan perkara ini?
Junaidi
Kajang
JAWAPAN
Seafdalnya tuan pergi kerana ia menyambung hubungan silaturahim melainkan terdapat halangan syarie. Kita tidak dibenarkan bermasam muka dengan orang lain melebihi dari tiga hari.
Tidak berdosa nasihati suami jangan tambah isteri
SOALAN
Sebagai isteri ketiga dalam poligami tiga isteri, saya melarang suami saya menambah lagi isteri kepada empat. Bukan kerana dia tidak mampu tetapi saya ada perasaan cemburu yang terlalu kuat. Bolehkah saya melarang suami sedangkan saya tahu dia mampu daripada segi kewangan?
Mekna
Kota Bharu
JAWAPAN
Untuk menasihati suami supaya tidak berkahwin empat tidaklah berdosa. Namun ia bukanlah satu perkara yang mengikat suami puan.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










