Bekas Ketua Pemuda Amanah Perlis sertai UMNO

Bekas Ketua Pemuda Amanah Perlis sertai UMNO MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB/pix /imran [email protected] KANGAR: Bekas Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perlis, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad yang mengumumkan keluar daripada parti itu minggu lalu, kembali menyertai UMNO. Katanya, keputusan tersebut diambil selepas beliau membuat pertimbangan sewajarnya bersama penasihat dan pasukannya. Beliau berkata, sejurus mengumumkan keluar daripada Amanah, dia menerima pelbagai panggilan, pertemuan dan jemputan daripada pimpinan beberapa parti politik. “Saya dengan penuh rendah hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat daripada PKR, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO atas kepercayaan serta kesediaan untuk bersama saya dalam perjuangan masing-masing. “Niat dan keikhlasan tersebut amat saya hargai. Namun, setelah melalui pertimbangan mendalam, perbincangan bersama penasihat dan pasukan saya, dengan ini saya mengumumkan kembali menyertai UMNO,” katanya di sini hari ini. Minggu lalu, Ahmad Fadhzil mengumumkan keluar daripada Amanah seterusnya melepaskan semua jawatan yang disandang termasuk Ketua Biro Kesihatan Pemuda Nasional Amanah, Ketua Pemuda Amanah kawasan Kangar dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) negeri. Sementara itu, katanya, beliau pernah menjadi ahli UMNO sejak 2004 melalui Kelab UMNO Luar Negara di Ukraine selain pernah diberi amanah dalam beberapa portfolio termasuk Biro Kebajikan Pelajar dan Protokol. “Saya melihat UMNO sebagai Rumah Bangsa iaitu wadah perjuangan yang paling tepat untuk saya meneruskan tanggungjawab demi agama, bangsa dan tanah air. Saya bertekad untuk bersama kepemimpinan dan akar umbi dalam memperkukuh UMNO di negeri Perlis. “Perjuangan ini bukan sekadar politik, tetapi satu amanah besar untuk masa depan negeri dan generasi akan datang. “Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya melangkah masuk semula ke dalam perjuangan ini,” katanya. – UTUSAN Kapsyen (SLUG: 050526-PLS-Amanah Masuk UMNO) AHMAD FADHZIL MOHAMAD

AHMAD FADHZIL MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bekas Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perlis, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad yang mengumumkan keluar daripada parti itu minggu lalu, kembali menyertai UMNO.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas beliau membuat pertimbangan sewajarnya bersama penasihat dan pasukannya.

Beliau berkata, sejurus mengumumkan keluar daripada Amanah, dia menerima pelbagai panggilan, pertemuan dan jemputan daripada pimpinan beberapa parti politik.

“Saya dengan penuh rendah hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat daripada PKR, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO atas kepercayaan serta kesediaan untuk bersama saya dalam perjuangan masing-masing.

“Niat dan keikhlasan tersebut amat saya hargai. Namun, setelah melalui pertimbangan mendalam, perbincangan bersama penasihat dan pasukan saya, dengan ini saya mengumumkan kembali menyertai UMNO,” katanya di sini hari ini.

Minggu lalu, Ahmad Fadhzil mengumumkan keluar daripada Amanah seterusnya melepaskan semua jawatan yang disandang termasuk Ketua Biro Kesihatan Pemuda Nasional Amanah, Ketua Pemuda Amanah kawasan Kangar dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) negeri.

Sementara itu, katanya, beliau pernah menjadi ahli UMNO sejak 2004 melalui Kelab UMNO Luar Negara di Ukraine selain pernah diberi amanah dalam beberapa portfolio termasuk Biro Kebajikan Pelajar dan Protokol.

“Saya melihat UMNO sebagai Rumah Bangsa iaitu wadah perjuangan yang paling tepat untuk saya meneruskan tanggungjawab demi agama, bangsa dan tanah air. Saya bertekad untuk bersama kepemimpinan dan akar umbi dalam memperkukuh UMNO di negeri Perlis.

“Perjuangan ini bukan sekadar politik, tetapi satu amanah besar untuk masa depan negeri dan generasi akan datang.

“Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya melangkah masuk semula ke dalam perjuangan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN