Bekalan makanan sambutan Aidiladha mencukupi

Bekalan makanan sambutan Aidiladha mencukupi

LUQMAN  Ahmad  (dua dari kiri) menyerahkan daging lembu tempatan kepada pengguna dengan harga RM15 sekilogram sempena promosi semasa Program Jualan Agromadani Mega di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan makanan dan komoditi utama negara mencukupi bagi menampung keperluan pengguna sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Luqman Ahmad berkata, kementerian sentiasa melakukan simulasi awal setiap kali menjelang musim perayaan bagi memastikan bekalan keperluan asas berada pada tahap stabil.

Katanya, hasil simulasi itu mendapati bekalan ayam, daging, sayur-sayuran, santan kelapa serta pelbagai keperluan lain mencukupi sehingga bulan depan.

“Untuk Aidiladha, bekalan keperluan asas mencukupi kerana KPKM sudah melakukan simulasi lebih awal walaupun berdepan cabaran seperti Perang Teluk dan keadaan cuaca tidak menentu.

“Pengguna tidak perlu risau dan pada masa sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau beberapa barangan yang ditetapkan di bawah harga siling,” katanyapada program Jualan AgroMadani Mega di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini hari ini.

Luqman berkata, situasi sama turut berlaku ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina baru-baru ini apabila bekalan barangan keperluan berada dalam keadaan stabil serta mencukupi.

Katanya, sekiranya bekalan kelapa tidak mencukupi, kementerian segera mengimport bahan mentah itu mengikut keperluan semasa tanpa menjejaskan industri tempatan.

Mengulas kenaikan harga sayur-sayuran, beliau berkata, peningkatan tersebut masih terkawal dan berkemungkinan berpunca daripada permintaan tinggi dalam pasaran.

Katanya, kenaikan harga bahan api juga antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan harga sayur-sayuran ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN