Bapa Erysha Emyra meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Erysha Emyra meninggal dunia

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bapa pelakon Erysha Emyra, Zakaria Abdul Rahman meninggal dunia petang tadi.

Berita duka itu disampaikan pengurusnya, Afeeq menerusi InstaStory sebentar tadi.

”Dukacita dimaklumkan ayah kepada Erysha Emyra, Zakaria Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah.

”Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Afeeq sementara itu memaklumkan urusan pengebumian akan diberitahu dari semasa ke semasa.

”Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN