Bagaimana manusia mampu tidur lena atas penderitaan orang lain - Yuka Karisma - Utusan Malaysia

Bagaimana manusia mampu tidur lena atas penderitaan orang lain – Yuka Karisma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Yuka Kharisma menegaskan dia juga mempunyai komitmen hidup yang perlu dilunaskan.

Justeru Yuka, 38, mempersoalkan sikap segelintir individu yang mampu hidup senang sedangkan perbuatan mereka membuatkan hidup orang lain merana.

“Saya juga ada bil yang perlu dibayar, anak yang perlu disekolahkan, dapur yang perlu terus berasap setiap hari, dan hutang yang wajib dilangsaikan.

“Kadang saya tak faham, bagaimana ada manusia yang masih mampu tidur lena di atas penderitaan orang lain, seolah hidup orang lain itu tidak bernilai apa-apa,” kongsinya di Threads.

Terdahulu Yuka sekali lagi mencipta sensasi apabila dengan tidak menyebut mana-mana pihak, membongkar sikap seorang artis yang masih belum melangsaikan hutang seperti diminta sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Yuka menerusi kenyataan sama mengaku hairan apabila individu terbabit berdolak dalih daripada melangsaikan hutangnya.

“Lucunya, hutang dianggap silam, tetapi yang menanggung akibatnya masih hidup sampai ke hari ini.

“Kesimpulan paling jujur, bukan tak mahu panjangkan cerita, cuma tak mahu selesaikan tanggungjawab,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN