Anwar doakan jemaah haji diberi kesihatan baik

Anwar doakan jemaah haji diberi kesihatan baik

ANWAR Ibrahim menunaikan solat sonat di Masjid Al Muttaqin Wangsa Melawati. UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan semua petugas dan Duyufur Rahman yang kini berada di Tanah Suci diberikan kesihatan yang baik serta dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah haji.

Anwar berkata, beliau turut mendoakan agar semua jemaah memperoleh haji yang diterima Allah SWT.

“Saya doakan agar semua para petugas dan tetamu Allah SWT yang istimewa kini terus diberikan kesihatan dan dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ibadat haji dan memperoleh haji yang diterima Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur bersama-sama ahli kariah dan masyarakat setempat sempena Jumaat pertama bulan Zulhijjah.

Menurut beliau, khutbah Jumaat bertajuk Arafah Hari Kebangkitan menyentuh keistimewaan Hari Arafah pada 9 Zulhijjah.

“Perhimpunan besar yang akan berlangsung ini bukan sekadar gambaran kesatuan umat Islam, namun lebih daripada itu.

“Kita juga perlu mengangkat nilai dan kualiti umat untuk berhadapan dengan tantangan zaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN