Ako Mustapha imbas temu janji pertama, terkejut isteri dah bayar separuh bil - Utusan Malaysia

Ako Mustapha imbas temu janji pertama, terkejut isteri dah bayar separuh bil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Ako Mustapha mengimbau kenangan temu janji pertamanya bersama isteri yang disifatkan sebagai antara momen paling diingati sepanjang 20 tahun mengenali satu sama lain.

Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, berkata, momen tersebut berlaku ketika mereka menikmati hidangan di sebuah restoran makanan India pada pertemuan pertama mereka.

“Temu janji pertama saya dengan isteri adalah di sebuah restoran makanan India. Sebaik sahaja sampai, dia terus membuat pesanan dan jumlah makanannya agak banyak.

“Apabila saya melihat saiz badannya dan jumlah makanan yang dipesan, saya tertanya-tanya sama ada dia mampu menghabiskannya atau tidak. Namun saya biarkan sahaja dan kami menikmati makanan yang telah dipesan,” katanya menerusi satu hantaran komen di Threads miliknya.

Menurut pelakon Halimah Jongang itu, perkara yang lebih mengejutkannya adalah apabila isterinya berjaya menghabiskan hidangan tersebut lebih awal sebelum meminta diri ke tandas.

“Dia menghabiskan makanannya terlebih dahulu dan selepas itu meminta izin untuk ke tandas. Saya pula menyelesaikan makanan saya sebelum meminta bil daripada pekerja restoran.

“Ketika bil diberikan, saya terkejut kerana jumlahnya agak murah. Rupa-rupanya dia sudah membayar separuh daripada jumlah tersebut di kaunter terlebih dahulu.

“Pada waktu itu isteri saya bertubuh kecil, tetapi selera makannya seperti orang yang makan dalam kuantiti yang sangat banyak seperti orang membela saka. Itulah antara kenangan yang masih saya ingat sehingga hari ini,” katanya.

Untuk rekod, Ako telah berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN