Ada hutang wajib bayar sebelum pergi haji

Ada hutang wajib bayar sebelum pergi haji

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ada hutang wajib bayar sebelum pergi haji

SOALAN
Saya berhasrat tunaikan haji dan sedang menunggu panggilan dan rayuan. Tapi saya musykil masih berhutang. Adakah saya boleh pergi Mekah dengan hutang yang belum selesai?

Junaidi
Pontian

JAWAPAN
Sekiranya berhutang yang wajib dibayar segera. Maka tidak boleh pergi menunaikan haji melainkan pemiutang sudah mengizinkannya.

Doa beri keampunan ketika menziarah kubur

SOALAN
Apakah doa yang afdal dibaca apabila kita menziarahi kubur?

Faizal
Ingin tahu

JAWAPAN
Sekiranya datang ke kubur maka berilah salam kepada ahli kubur dan doakan keampunan kepada mereka.

Cara solat bermusafir

SOALAN
Apabila kita bermusafir ingin melakukan solat jamak dan qasar, jika jamak takdim, solat mana perlu ditunaikan terlebih dahulu?

Sam
Tronoh

JAWAPAN
sekiranya musafir dua marhalah maka dia boleh melakukan solat jamak taqdim atau takhir sekiranya tidak dilakukan Zuhur pada waktunya. Sekiranya melakukan jamak taqdim maka wajib mendahulukan solat Zuhur dahulu barulah solat Asar. Sekiranya jamak takhir maka tidak diwajibkan Asar dahulu, boleh sahaja dilakukan di antara keduanya.

 

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN