8,540 kandungan 3R diturunkan MCMC sejak 2022 - Utusan Malaysia

8,540 kandungan 3R diturunkan MCMC sejak 2022

TEO Nie Ching (dua dari kanan) menghadiri Bengkel Pendidikan Pencipta Kandungan TikTok Shop di SMK Senai, Kulai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Hampir 400 kandungan berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) di semua platform media sosial telah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak awal tahun hingga bulan lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tindakan itu diambil susulan 750 aduan yang diterima MCMC bagi menurunkan kandungan sensitif tersebut.

“Pada 2022, sebanyak 175 kandungan diturunkan dan meningkat mendadak kepada 1,633 pada 2023, dan 4,830 pada 2024 sebelum menurun sedikit kepada 1,504 tahun lalu.

“Dengan sebanyak 398 diturunkan pada tahun ini setakat bulan lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 8,540 kandungan 3R telah diturunkan sejak 2022,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Pendidikan Pencipta Kandungan TikTok Shop di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai, di sini hari ini.

Menurut Nie Ching, majoriti kes berkaitan kandungan 3R tersebut disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama MCMC.

“MCMC bertindak sebagai rakan teknikal dengan menyediakan sokongan kepakaran bagi membantu pihak polis mengenal pasti individu di sebalik akaun terlibat.

“Keputusan sama ada sesuatu kes itu diambil tindakan di mahkamah atau mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) tertakluk kepada pertimbangan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN