76 projek pelancongan bernilai RM31.26 juta di Terengganu

76 projek pelancongan bernilai RM31.26 juta di Terengganu

SHAHARUDDIN Abu Sohot (tengah) bergambar bersama kakitangan Kampung Budaya pada Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menaik Taraf Kampung Budaya Terengganu di Muzium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 76 projek pelancongan diluluskan Kerajaan Persekutuan di negeri ini dengan peruntukan berjumlah RM31.26 juta sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, peruntukan itu bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam merancakkan industri pelancongan negeri, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur serta pemuliharaan warisan budaya tempatan yang semakin mendapat perhatian.

Katanya, antara projek yang diberi penekanan adalah pembinaan dan menaik taraf Kampung Budaya Terengganu yang dilihat sebagai simbol penting dalam usaha memartabatkan identiti negeri.

“Projek berkenaan yang menelan kos RM5.5 juta diluluskan di bawah Peruntukan Mengurus Khas Kementerian Kewangan Malaysia (Covid-19) pada 2021. Pembangunan Kampung Budaya Terengganu tidak hanya tertumpu kepada aspek fizikal semata-mata, sebaliknya membawa peranan lebih besar dalam memastikan kelangsungan warisan budaya negeri terus terpulihara.

“Ia memberi ruang untuk memperkenal keunikan seni, adat resam, seni bina tradisional serta cara hidup masyarakat tempatan kepada generasi masa kini dan akan datang,” katanya selepas  Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menaik Taraf Kampung Budaya Terengganu, di sini, hari ini,

Shaharuddin berkata, penambahbaikan kemudahan yang lebih moden dan selesa diyakini mampu meningkatkan daya tarikan Kampung Budaya Terengganu sebagai destinasi pelancongan berasaskan budaya yang kompetitif di peringkat nasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN