4 individu ditahan bergaduh kerana hutang RM 20,000, masalah cinta

4 individu ditahan bergaduh kerana hutang RM 20,000, masalah cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Insiden pergaduhan yang tular membabitkan sekumpulan individu di sekitar Sentul Raya, di sini, kelmarin dipercayai berpunca daripada masalah hutang berjumlah RM20,000 selain isu cinta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa berkata, setakat ini empat tangkapan dibuat membabitkan dua lelaki dan dua wanita tempatan.

“Punca pergaduhan itu adalah kerana masalah peribadi dan juga hutang dan kesemua suspek direman dua hari bermula semalam dan akan berakhir hari ini.

“Tiga lagi suspek sudah dikenal pasti dan masih bebas namun akan dikesan dengan kadar segera. Kesemua suspek mengenali antara satu sama lain, kawan, ada hubungan peribadi,” katanya dalam sidang akbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial satu video berdurasi satu minit 29 saat memaparkan sekumpulan individu bergaduh di tengah-tengah jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN