SETIU: Lazimnya kerjaya memandu bot didominasi golongan lelaki, namun bagi Siti Aisyah Umairah Tan Abdullah, 40, atau Tan Yuk Keng, ia bukan penghalang untuk mengemudi dan meredah ombak saban hari membawa penumpang. Siti Aisyah Umairah dari Kampung Merang di sini mula menceburi bidang itu 14 tahun lalu selepas kali pertama mengemudi bot pelancong di bawah bimbingan bapa angkatnya, Ku Mansor Ngah yang merupakan pemandu bot di Pulau Redang. Lulusan sarjana…










