1,151 permit sembelih luar korban diluluskan di Melaka

1,151 permit sembelih luar korban diluluskan di Melaka

MARIATI DAUD GAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 1,151 Permit Sembelih Luar (PSL) bagi pelaksanaan ibadah korban di negeri ini diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka (JPVM) setakat pukul 12 tengah hari semalam, meningkat berbanding 687 permit yang direkodkan tahun lalu.

Pengarah JPVM, Dr. Mariati Daud Gan berkata, bagi tahun ini dianggarkan sebanyak 2,623 ekor lembu dan kerbau serta 211 ekor kambing dan bebiri akan dikorbankan di seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha esok.

Menurut beliau, PSL diluluskan bagi pelaksanaan penyembelihan di lokasi bersesuaian seperti masjid, surau, padang dan kawasan komuniti yang telah mendapat kelulusan mengikut permohonan serta dipantau oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah atau Kawasan (PPVD/PPVK).

Katanya, selain penyembelihan di lokasi luar, ibadah korban juga akan dijalankan di beberapa rumah sembelih kerajaan dan swasta berlesen di negeri ini.

“Antara rumah sembelih yang beroperasi ialah Rumah Sembelih Alor Gajah, Rumah Sembelih Jasin, Rumah Sembelih Utama Megah di Sungai Putat dan Rumah Sembelih Abdullah Sulaiman,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, permohonan bagi Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan PSL telah dibuka sejak 11 Mei lalu hingga 25 Mei 2026 bagi memastikan aktiviti penyembelihan luar rumah sembelih dapat dijalankan mengikut syarat kesihatan veterinar dan keselamatan makanan yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN