10, 677 terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2025

10, 677 terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2025

KHALID Ismail ketika Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, di sini, hari ini. -UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 10, 677 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025. 

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 1,090 Pegawai Kanan Polis; 8,612 Pegawai Rendah Polis, dan 975 Pegawai Awam telah terpilih untuk diraikan. 

Menurutnya, kuota lapan peratus yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk anugerah itu menjadikan saringan penerima sangat kompetitif. 

“Kriteria pemilihan pada tahun ini telah diperketat secara signifikan sejajar dengan hasrat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi. 

“Oleh itu, syarat minimum markah prestasi tahunan telah ditingkatkan daripada 85 peratus kepada 90 peratus,” katanya dalam Majlis APC PDRM 2025 di Bukit Aman, hari ini. 

Mohd Khalid berkata, peningkatan tanda aras ini bertujuan memastikan hanya mereka yang mempamerkan kualiti kerja luar biasa, disiplin kendiri yang teguh, serta bebas daripada sebarang tindakan tatatertib sahaja yang layak diiktiraf. 

“Selain, elemen seperti rekod kehadiran, aspek kesihatan melalui Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal, serta penglibatan aktif dalam aktiviti luar tugas rasmi turut menjadi penentu,” katanya. 

Beliau berharap,  anugerah itu sebagai pemangkin kepada penerima untuk terus meningkatkan potensi diri seterusnya menjadi role model kepada rakan-rakan sejawat yang lain.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menaja hadiah tambahan kepada penerima APC berupa sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1,000 setiap seorang.

“Besarlah harapan saya agar para penerima APC dapat memanfaatkan insentif ini sebagai asas pengukuhan tabung kewangan khususnya bagi membiayai pendidikan anak-anak,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN