KOTA BHARU: Pelajar perempuan yang merupakan mangsa kedua dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) oleh seorang guru di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini, Zara Aftar Zamzuri, 13, akan menjalani pembedahan tampalan kulit pada bahagian cuping telinga, Isnin ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNK) Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, pembedahan itu dilaksanakan oleh pakar bedah plastik menggunakan bahan perubatan khusus bagi menggantikan bahagian kulit yang rosak.…










