KULAI: Seorang warga emas didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk seorang penunggang motosikal di Lebuh Putra Utama, Bandar Putra, di sini Jumaat lalu. Orang kena saman (OKS), Yeoh Ah Chai, 62, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, R. Salini. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sehingga dua bulan jika gagal membayar denda. Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS yang merupakan seorang…










