TUMPAT: Seorang wanita yang melecur akibat kebakaran rumah di Kampung Simpangan di sini, meninggal dunia hari ini. Sha’adah Muhammad, 57, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.15 petang semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Difahamkan, jenazah Sha’adah dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjong, Pengkalan Kubor. Kejadian pada pukul 5.45 petang kelmarin mengakibatkan Sha’Adah melecur 80 peratus di muka dan anggota badan. Turut…










