UMNO tidak tutup pintu rundingan kerusi

UMNO tidak tutup pintu rundingan kerusi

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: UMNO tidak pernah menutup sebarang pintu rundingan berkaitan agihan kerusi untuk pilihan raya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya sentiasa terbuka dengan sebarang cadangan rundingan berkaitan perkara itu.

“Kita tak pernah tutup pintu kepada mana-mana pihak. UMNO sentiasa terbuka runding dengan semua pihak tidak ada masalah,” katanya, selepas majlis perasmian MARA International Education Conference (MIEC) 2026, di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebelum ini yang menyatakan hasrat terbuka bagi rundingan kerusi bersama UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyarankan agar PKR Johor menggunakan saluran yang baik dalam perundingan kerusi bagi PRN Johor yang perlu diadakan selewat-lewatnya April tahun depan.

Perdana Menteri berkata, setiap rundingan juga perlu mengambilkira setiap rundingan juga perlu mengambil kira kekuatan sokongan yang dimiliki PKR di peringkat Parlimen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN