PETALING JAYA: “Lupakan Perikatan Nasional (PN), move on sahajalah.” Itu nada tegas dan sinis Tun Faisal Ismail Aziz terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin apabila parti baharu ditubuhnya dikatakan bakal memohon menyertai PN dalam masa terdekat. Beliau menggesa Hamzah dan kumpulan pemimpin yang menyokongnya supaya melupakan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menyertai Rumah Bangsa dan Kolaborasi Agung yang digagaskan UMNO. Katanya, mereka juga boleh menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16…









