Tiga bandar Terengganu tersenarai paling bahagia di Malaysia

Tiga bandar Terengganu tersenarai paling bahagia di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga bandar di Terengganu diiktiraf sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sekali gus mencerminkan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bandar yang terpilih ialah Kuala Terengganu, Permaisuri di Setiu dan Marang.

Katanya, pencapaian itu adalah satu pengiktirafan penting terhadap tahap kesejahteraan hidup, keharmonian komuniti serta kecekapan tadbir urus yang dinikmati rakyat di peringkat akar umbi.

“Pengiktirafan ini membuktikan usaha berterusan pelbagai pihak dalam memastikan pembangunan negeri bukan sahaja tertumpu kepada aspek fizikal, malah turut menitikberatkan kebahagiaan dan kualiti hidup masyarakat,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan serta masyarakat yang memainkan peranan dalam menjadikan Terengganu sebagai negeri yang selesa dan membahagiakan untuk didiami.

\Ahmad Samsuri menyeru agar momentum tersebut diteruskan demi memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkukuh dari semasa ke semasa.

“Bahagia itu bukan kebetulan, sebaliknya hasil usaha konsisten semua pihak. Justeru itu, komitmen ini perlu diteruskan agar negeri ini kekal sebagai tempat terbaik untuk didiami,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN